Isnin, November 30, 2009

LAWATAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH LUMUT KE MUKIM LABI PADA 29HB NOVEMBER 2009

Seramai 13 orang murid Darjah 6 dari SR Lumut telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Mukim Labi pada hari Ahad 29 Nov 09. Lawatan ini adalah anjuran MPK Lumut 1 dengan kerjasama SR Lumut dan bantuan Pejabat Daerah Belait. Lawatan ini merupakan kegiatan musim cuti sekolah mereka. Destinasi pertama murid-murid ini ialah kawasan tanaman padi di Jln Tenajor – Ratan. Mereka juga ditunjukkan beberapa infrastruktur kerajaan (seperti Balai Polis, Balai Raya dan Klinik Kesihatan), sekolah-sekolah serta kawasan-kawasan perladangan dan pertanian di Kg Labi 1 dan Kg Labi 2. Lawatan kemudian diteruskan ke Rumah-rumah Panjang Teraja dan Mendaram Besar. Destinasi terakhir murid-murid ini ialah ke Wasai Wong Kadir dan mereka juga telah membuat pengembaraan ke Air Terjun Wong Kadir.
Menikmati keindahan sawah padi
Bersama kanak-kanak Rumah Panjang Teraja

Bersama Ketua Rumah Panjang Mendaram Besar

Pengembaraan ke Air Terjun Wong Kadir

Pengembara Muda SR Lumut!!!