Isnin, November 30, 2009
LAWATAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH LUMUT KE MUKIM LABI PADA 29HB NOVEMBER 2009
Bersama Ketua Rumah Panjang Mendaram Besar
Pengembaraan ke Air Terjun Wong Kadir
Pengembara Muda SR Lumut!!!
Ahad, November 22, 2009
MPK LUMUT 1 MEWAKILI DAERAH BELAIT KE ANUGERAH KAMPUNG CEMERLANG (AKC) 2009
Sehubungan itu, rombongan panel hakim mengunjungi dua MPK kampung terpilih di daerah Belait hari ini untuk melakukan penilaian dan penghakiman akhir bagi ke pertandingan peringkat kebangsaan nanti.
Rombongan terdiri daripada pegawai daerah dan pegawai Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kementerian Hal Ehwal Agama, Kementerian Pendidikan, Kementerian Perhubungan dan Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi yang diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mawardi Haji Abdullah.
Penilaian yang bermula dari hari ini hingga 2 Disember depan bermula dengan MPK Kampung Mumong sebelum rombongan hakim pergi ke MPK Kampung Lumut 1.
Selasa, November 10, 2009
RANCANGAN KAPAL BELIA ASIA TENGGARA 2009 (SSEAYP)
Urusetia Persatuan BERSATU dibuka untuk pertanyaan setiap hari antara jam 7.00 mlm – 9.00 mlm. Hotline: 8222349.
BENGKEL PENGEMBANGAN PRODUK KRAFTANGAN
Bengkel ini bertujuan untuk menerangkan dan mengajar desain baru, menghasilkan produk prototaip, melatih menggunakan alat sukat konvensional, memantapkan anyaman, membuat penafsiran dan pembubuhan harga produk (costing and pricing), pemaduan peserta, membina jaringan kerja (net working), bertukar fikiran, berbincang, dan yang paling penting menyampaikan hasrat sebenar PPP bagi kebaikan, kebajikan dan kesejahteraan para peserta pada masa hadapan.
Penyertaan artisan dalam Bengkel ini adalah sangat menggalakkan dan selain membawa produk kraftangan asal mereka sendiri (yang mana melebihi dari jumlah yang dikehendaki), mereka juga telah membawa bahan-bahan sumber untuk dikongsi bersama.
Peserta-peserta juga telah dibahagikan kepada lima kumpulan kerja yang diberi nama Sykt Maju Jaya, Sykt Positif Rambutan, Sykt Bintauram, Sykt Meliram, dan Koperasi Teraja. Setiap kumpulan terdiri dari gabungan peserta-peserta dari berbagai mukim, kampong dan rumah panjang. Hasilnya sangatlah positif dimana mereka dapat berkerjasama, berkongsi kemahiran, bertukar fikiran dan yang sangat penting ialah telah membentuk jaringan kerja (net working).