Sabtu 13hb Februari 2010 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) Peringkat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009 dan seterusnya mengurniakan hadiah-hadiah kepada para pemenang yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
AKC Peringkat Kebangsaan yang julung-julung kali diadakan ini dihasratkan untuk meningkatkan lagi kesepaduan dan keupayaan masyarakat kampung melalui Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK). AKC ini juga dihasratkan untuk kemajuan dan pembangunan kampung yang lebih mantap, berdaya maju, harmoni, sejahtera dan cemerlang.
Sebanyak 46 buah MPMK di keempat-empat daerah menyertai AKC ini. Dari jumlah tersebut hanya 15 buah MPMK telah layak menyertai hingga ke peringkat kebangsaan dan ini termasuk MPK Kg Mumong dan MPK Kg Lumut 1 dari Daerah Belait.
Nota: Akan dikemaskinikan dengan foto-foto tambahan...