Rabu, September 08, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDIL FITRI


KG LUMUT 8hb September 2010 MPK Lumut I telah mengadakan mesyuarat perkembangan bagi pengungkayahan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidil Fitri . Majlis ini nanti akan diadakan pada hari Sabtu/malam Ahad, 2hb Oktober 2010, dan merupakan kegiatan 3-in-1 iaitu Majlis Ramah Mesra, Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim, dan Doa Kesyukuran ke atas kejayaan MPK Lumut I masuk ke Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) Peringkat Kebangsaan 2009.