Sabtu, September 11, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431 HIJRAH


Penasihat, Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung Lumut I dengan penuh ikhlas mengucapkan
"Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin"

Rabu, September 08, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDIL FITRI


KG LUMUT 8hb September 2010 MPK Lumut I telah mengadakan mesyuarat perkembangan bagi pengungkayahan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidil Fitri . Majlis ini nanti akan diadakan pada hari Sabtu/malam Ahad, 2hb Oktober 2010, dan merupakan kegiatan 3-in-1 iaitu Majlis Ramah Mesra, Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim, dan Doa Kesyukuran ke atas kejayaan MPK Lumut I masuk ke Anugerah Kampung Cemerlang (AKC) Peringkat Kebangsaan 2009.