Sabtu, Ogos 14, 2010

JUALAN PRODUK MUKIM DAN KAMPUNG DAERAH BELAIT

KUALA BELAIT 30hb Julai 2010 Sempena Perayaan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-64, Institut Mukim dan Kampung Daerah Belait dengan kerjasama Jawatankuasa Perayaan Hari Ulang Tahun Keputeraan di Daerah Belait telah menganjurkan Jualan Produk Mukim Dan Kampung Daerah Belait bertempat di Tudung Saji, Pekan Kuala Belait.


Jualan khusus yang berjalan selama tiga hari sehingga 01hb Ogos 2010 ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Awg Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Belait. Jualan Produk Mukim dan Kampung ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad, Ketua Kampung Lumut I.
MPK Lumut I turut menyertai jualan ini dan bergabung dengan ahli-ahli MPK Sg Liang dan Lumut II. Antara lain tujuan jualan ini ialah bagi memberi peluang bagi Yang Pegawai Daerah Belait sendiri untuk melihat secara dekat dan mengenalpasti produk-produk yg dapat dijuarakan oleh setiap MPK sebagai "Satu Produk Satu Kampung" serta produk-produk lain yang dapat diperkembangkan terus.