SHANGHAI, China Dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait KHEDN dan BEDB melalui MPK Lumut I, sekali lagi artisan kraftangan dari Daerah Belait telah dihantar ke Ekspo Dunia 2010 Shanghai. Artisan berkenaan ialah Hj Ishak bin Hj Kassim (Kg Lumut II), Hjh Nur'Aliyah binti Abdullah Talit (Kg Melilas), dan Dyg Rasmi binti Ringgit (Kg Sg Liang).
Rombongan kali ini telah diketuai oleh Dyg Tuty Hallawaty binti Mahmod dari BEDB dan diiringi oleh Lt Kol (B) Ramli bin Hj Abd Hadis (MPK Lumut I). Mereka telah berada di Shanghai pada 01hb - 08hb Ogos 2010 dan disertai juga oleh ahli keluarga artisan berkenaan.
Sebelum ini pada 05hb - 09hb Mei 2010 yang lepas, Hj Sabli bin Hj Omar dari Kpg Lumut I telah membuat pameran kraftangan di Ekspo tersebut bersama Awg Zainal Abidin bin Ibrahim, Pelukis Batik Brunei (Batik Zainal).
Penerbangan BI0613 ke Pudong, Shanghai
Memunggah masuk produk kraftangan ke Pavilion Brunei
Pavilion Brunei
Pertunjukan menganyam yang telah menarik beribu pengunjung ke Pavilion Brunei
Salah seorang sukarelawan (Penuntut Brunei di Shanghai) yang telah banyak membantu para artisan kita di Pavilion Brunei
Para artisan juga telah mendapat liputan media dan tv
Hjh Nur'Aliyah
Hj Ishak Dyg Rasmi
Hjh Nur'Aliyah dan Dyg Rasmi bersama salah seorang peminat kraftangan
Antara produk kraftangan artisan Mukim Liang, Mukim Melilas dan Mukim Labi yang dipamerkan
Kelihatan para artisan kita disertai satu keluarga pengunjung dari Negara Brunei Darussalam
Pavilion China
Hj Ishak dan isteri serta Lt Kol (B) Ramli bersama peminat kraftangan
Para artisan bergambar ramai dengan staf dan sukarelawan Pavilion Brunei
Para artisan bergambar ramai dengan staf dan sukarelawan Pavilion Brunei
Hj Ishak dan isteri di Pavilion Pasifik
Bersama keluarga Muslim Shanghai yang menjalani Restoran Halal berdekatan
Bersama keluarga Muslim Shanghai yang menjalani Restoran Halal berdekatan
Hotel Holiday Inn Shanghai Pudong Nanpu (tempat penginapan)
Bersiap untuk berangkat pulang ke tanah air menggunakan BI0614