Khamis, Mac 18, 2010

MAJLIS PENYERAHAN RUMAH BARU AWG MOHD HAZARI BIN WAHID

Kg Lumut 1, 18hb Mac 2010 Satu Majlis Penyerahan Rumah Baru kepada Awg Mohd Hazari bin Wahid telah disempurnakan oleh YM Awg Hj Jamain bin Momin, Pegawai Daerah Belait. Majlis Perletakan Tiang Asas Rumah Baru yang berharga B$30,000.00 (+) ini telah diadakan 19hb September 2009.



Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al'Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.
Acara Penyerahan Makanan Asas oleh wakil JAPEM Belait.
Acara Penyampaian Sijil-Sijil Penghargaan kepada para Penderma, Penaja dan Penyumbang Tenaga.
Acara Penyerahan Kunci Rumah kepada Awg Mohd Hazari bin Wahid.
Tetamu Kehormat dan para jemputan melawat dalam rumah baru Awg Mohd Hazari.
Rumah lama Awg Mohd Hazari yang diroboh secara bergotong-royong pada 12hb Disember 2008.