Khamis, Mac 18, 2010

MAJLIS PENYERAHAN RUMAH BARU AWG MOHD HAZARI BIN WAHID

Kg Lumut 1, 18hb Mac 2010 Satu Majlis Penyerahan Rumah Baru kepada Awg Mohd Hazari bin Wahid telah disempurnakan oleh YM Awg Hj Jamain bin Momin, Pegawai Daerah Belait. Majlis Perletakan Tiang Asas Rumah Baru yang berharga B$30,000.00 (+) ini telah diadakan 19hb September 2009.



Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al'Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat.
Acara Penyerahan Makanan Asas oleh wakil JAPEM Belait.
Acara Penyampaian Sijil-Sijil Penghargaan kepada para Penderma, Penaja dan Penyumbang Tenaga.
Acara Penyerahan Kunci Rumah kepada Awg Mohd Hazari bin Wahid.
Tetamu Kehormat dan para jemputan melawat dalam rumah baru Awg Mohd Hazari.
Rumah lama Awg Mohd Hazari yang diroboh secara bergotong-royong pada 12hb Disember 2008.

Isnin, Mac 08, 2010

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2010

Kg Lumut 1, 06hb Mac 2010 MPK Lumut 1 baru-baru ini telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Sempena Tahun Baru Cina 2010. Bagi kaum Cina, Tahun Baru kali ini ialah "Tahun Harimau". Majlis diungkayahkan bertempat di kawasan Balairaya Kg Lumut 1 pada malam Ahad.

Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah YM Hj Jamain bin Momin, Pegawai Daerah Belait, berserta isteri. Majlis pada malam tersebut juga telah diserikan dengan persembahan Tarian Singa oleh MPM Sg Liang, dan juga persembahan seni mempertahankan diri oleh Persatuan Tai Chi Chuan Brunei/Muara.

Ketibaan Tetamu Kehormat & Isteri yang disambut dengan Tarian Singa
Ucapan Alu-aluan oleh YB Pengerusi MPK Lumut 1Persembahan Tarian SingaPeminat KecilPersembahan Tai Chi ChuanMajlis Penyampaian Ang Pau kepada Warga Emas
Bergambar Ramai bersama Tetamu Kehormat