Kampung Lumut Satu terletak di pantai utara timur Daerah Belait. Ianya merupakan salah satu kampung di Mukim Liang yang bersempadan dengan Kampung Lumut Dua dan Kampung Sungai Liang. Keluasan kawasan 53 km persegi dengan keramaian penduduk 4,236 orang, terdiri daripada berbilang bangsa, puak dan anutan agama.
Penduduk yang terbesar ialah bangsa Melayu (terkandung tujuh etnik), diikuti dengan bangsa Cina, Iban, India dan lain-lain. Beberapa pegangan agama dan adat resam dianut oleh penduduk di kampung ini seperti Ugama Islam, Kristian, Buddha dan juga yang tidak beragama.
Kebudayaan Melayu, Dusun, Iban, dan Cina sering dipersembahkan apabila ada majlis-majlis keramaian di kampung tersebut. Pekerjaan penduduk kebanyakannya bekerja dengan pihak Kerajaan dan Swasta. Sebahagian kecil penduduk berusaha sendiri seperti berniaga, berladang/bertani dan menangkap ikan (nelayan). Terdapat beberapa bangunan Kerajaan (Pejabat, sekolah dan rumah kediaman Kerajaan).
Hasil utama ialah Gas Cecair Asli, disamping itu pertanian, perikanan dan perusahaan-perusahaan kecil seperti permakanan, kraftangan, dan pertukangan juga diusahakan. Pada tahun 2010 hadapan, Kampung Lumut Satu akan menghasilkan Methanol yang pertamanya untuk diekspot ke Negara Jepun.

Nota: Betul pada 17.09.09.