Sabtu, Jun 26, 2010

TAMU MUAFAKAT DAERAH BELAIT

SG LIANG, 26hb Jun 2010 Jabatan Daerah Belait buat pertama kalinya menganjurkan Tamu Muafakat Daerah Belait pada 26hb hingga 27hb Jun 2010 bertempat di Kawasan Taman Peranginan Pantai Sungai Liang.



Tamu Muafakat ini dikendalikan oleh Majlis Perundingan Mukim Liang (MPM) Liang dan dirasmikan pagi tadi oleh Yang Mulia Awg Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Belait. Turut hadir ialah isteri beliau dan ahli-ahli Institut Mukim dan Kampong Daerah Belait serta para jemputan.

Selain menjual bahan-bahan mentah dan segar (seperti ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dll), barang-barang terpakai, makanan/minuman, dan produk-produk kraftangan, beberapa acara sampingan untuk kanak-kanak dan orang-orang dewasa juga akan diadakan. Tamu Muafakat ini adalah perintis bagi Tamu-Tamu Muafakat pada masa akan datang yang mana akan dikendalikan secara bergilir oleh MPM-MPM Daerah Belait di tempat-tempat yang berlainan. Selain dari para penduduk mukim-mukim dan para sukarelawan, Pasukan Pengakap 3030 Terbuka Mukim Liang juga turut terlibat menjayakan Tamu Muafakat ini.

Mengadakan Tamu Muafakat ini merupakan usaha bagi menggiatkan semangat keusahawanan, berkerjasama dan merapatkan silaturahim. Ianya juga berhasrat untuk memberi peluang dan menggalakkan berniaga secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan sambil mengeratkan rangkaian (networking).

Isnin, Jun 14, 2010

MESYUARAT PESTA TAMU RIA BELAIT

SG LIANG, 14hb Jun 2010 Satu mesyuarat bagi menyelaraskan Pesta Tamu Ria Belait telah diadakan bertempat di Balairaya Kg Sg Liang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Awg Murni bin Hj Zakaria, Pegawai Tugas-Tugas Khas Jabatan Daerah Belait, bersama Pengerusi MPM Liang dan Pengerusi-Pengerusi MPK Liang, Lumut 1 dan Lumut 2. Pesta Tamu Ria Belait ini akan diadakan buat pertama kalinya pada hari Sabtu 26hb Jun - hari Ahad 27hb Jun 2010 bertempat di Pantai Peranginan Sungai Liang. Ianya akan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Belait, YM Awg Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba.
Selain menjual bahan-bahan mentah dan segar (ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dll), barang-barang terpakai, makanan/minuman, dan produk-produk kraftangan, beberapa acara sampingan untuk kanak-kanak dan orang-orang dewasa juga akan diadakan. Pesta Tamu Ria ini adalah perintis bagi Pesta-Pesta Tamu Ria pada masa akan datang yang mana akan dikelolakan secara bergilir oleh MPM-MPM Daerah Belait di tempat-tempat yang berlainan.
Ini merupakan usaha bagi menggiatkan semangat usahawan, bekerjasama dan merapatkan lagi silaturahim sesama penduduk Daerah Belait yang berbilang bangsa dan etnik. Orang awam adalah dialu-alukan untuk datang ke Pesta ini dalam rangka untuk menambahnilai rangkaian (networking).