Rabu, Mei 12, 2010

WORLD EXPO 2010 SHANGHAI

SHANGHAI "Kota Yang Lebih Indah, Kehidupan Yang Lebih Baik" (Better City, Better Life) adalah tema Ekspo Dunia 2010 Shanghai (World Expo 2010 Shanghai). Ekspo yang disertai oleh 246 negara dan organisasi antarabangsa ini telah dibuka secara rasmi pada 01hb Mei 2010 dan akan berakhir pada 31hb Oktober 2010. Ini bererti ianya akan berlangsung selama 184 hari. Negara Brunei Darussalam juga mempunyai pavilionnya sendiri yang terletak di Zon B bersama dengan Australia, Filipina, Indonesia, Kemboja, Malaysia, New Zealand, Singapura, dan Thailand.


Pada 05hb - 09hb Mei 2010, BEDB telah menaja dua orang artisan tempatan iaitu Hj Sabli bin Hj Omar (Kraftangan) dan Awg Zainal Abidin bin Ibrahim (Batik) ke Ekspo Dunia 2010 Shanghai. Mereka berdua telah diiringi oleh Lt Kol (B) Ramli bin Hj Abd Hadis. Selain sebagai artisan 'miniature woodcraft' yang menetap di Kg Sg Bakong, Hj Sabli merupakan Setiausaha MPK Lumut 1.



HARI PERTAMA
Penerbangan DiRaja Brunei BI0613
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai, dan bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Pudong menggunakan Maglev
Hj Sabli di hadapan Hotel Holiday Inn, Pudong, Nanpu
Pavilion Brunei Darussalam
Pameran Kraftangan Anyaman hasil Hjh Nur Aliyah binti Abdullah Talit, Dyg Rasmi binti Ringgit, dan Dyg Diri anak Arang, serta Kraftangan Kayuan hasil Hj Sabli bin Hj Omar dan Hj Ishak bin Hj Kassim
HARI KEDUA
Kaunter Resepsi Pavilion Brunei
HARI KETIGA
Masjid Pudong

Latar Belakang Masjid Pudong. Masjid Pudong terletak di No. 375 Jalan Yuanshen, Daerah Pudongxinqu, Shanghai. Masjid tersebut dibina pada tahun 1935 dan asal masjid tersebut di Jalan Dongchang, merupakan salah satu kawasan kediaman penduduk Islam di Shanghai. Masjid Pudong telah diperbaiki dan diubahsuai oleh Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Shanghai pada tahun 1984 dan dibuka semula kepada umum pada tahun 1985.

Menunai Syolat Fardhu Jumaat

HARI KEEMPAT

Bersiap sedia untuk acara sambutan Hari Brunei (Brunei Day)

Antara pelawat yang datang ke Pavilion Brunei ialah satu keluarga Muslim Hainan
Persembahan Tradisional dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Hj Sabli sibuk melayan para pelawat yang berkunjung dan pihak media yang mendapat liputan

Awg Zainal juga menerima sambutan baik para pelawat yang berkunjung

Lt Kol (B) Ramli bersama Mej Erwan bin Hj Ibrahim yang kebetulan berada di Shanghai kerana melanjutkan pelajaran peringkat Master

HARI KELIMA

Stesyen Keretapi Maglev Longyang, Pudong

Maglev - keretapi yang boleh mencapai kelajuan 500km/jam

Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong

Penerbangan Diraja Brunei BI0614