Ahad, April 11, 2010

FESTIVAL AMAL DAERAH BELAIT

KUALA BELAIT, 10 April 2010. Festival Amal Daerah Belait anjuran Jabatan Daerah Belait telah diadakan di Taman Persiaran Kuala Belait selama dua hari iaitu pada hari Sabtu 10 April hingga Ahad 11 April 2010. Festival Amal yang bertujuan untuk mengutip derma bagi Tabung Amal Daerah Belait ini telah dirasmikan oleh Awang Haji Muhammad Lufti bin Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

MPK Lumut 1 juga tidak ketinggalan ikut serta dalam kegiatan amal ini dengan menjual hasil produk seperti kraftangan dan makanan dalam Pameran & Jualan Produk.

Pada keesokan harinya, gerai MPK Lumut 1 telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Dato Paduka Haji Hamdillah bin Haji Abd Wahab.