Sabtu, Januari 23, 2010

HARI YANG PENUH BERSEJARAH BAGI MPK LUMUT 1 DAN PENDUDUK KAMPUNG LUMUT 1 - SELASA 19HB JANUARI 2010

Sempena Majlis Penganugerahan Lot-lot Tanah dibawah Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan dan Kampung Lumut/Sungai Liang serta Anak-anak Kunci Rumah dibawah Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut/Sungai Liang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah berkenan berangkat ke Balairaya Kampung Lumut untuk bertemu dengan penduduk Kampung Lumut 1 dan seterusnya menyaksikan Pameran Produk MPK Lumut 1.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di perkarangan Balairaya Kampung Lumut.
Baginda menyaksikan produk kraftangan penduduk Kampung Lumut 1.
Menyaksikan berbagai jenis kuih Dodol Lumut dan Sapit Lumut, hasil Projek Usaha Biro Wanita MPK Lumut 1 bersama Ibu-ibu Tunggal. Baginda menyaksikan pertunjukan membuat kuih Dodol Lumut.Menandatangani Sijil Keberangkatan.Gambar ramai bersama Ahli-ahli MPK Lumut 1.


Berangkat meninggalkan kenangan dan kegembiraan kepada rakyat baginda yang merasa bertuah dapat bertemu dengan Pemimpin yang disanjungi dan disayangi.....

Nota: Gambar-gambar dipetik dari Jabatan Penerangan, Pelita Brunei, Brunei Times, Borneo Bulletin dan Media Permata.

Isnin, Januari 11, 2010

PAMERAN PRODUK MUKIM DAN KAMPUNG DAERAH BELAIT PADA 10HB JANUARI 2010

Sempena Pelancaran Projek Pembisaian Tebing Sungai Belait pada hari Ahad 10hb Januari 2010 yang baru lalu, MPK Lumut 1 telah ikutserta dalam Pameran Produk Mukim dan Kampung Daerah Belait. Produk yang dipamerkan ialah Kraftangan dan Makanan.

MESYUARAT MPK LUMUT 1 SIRI 02/2010 PADA 08HB JANUARI 2010

Pada awal tahun 2010 ini, MPK Lumut 1 telahpun mengadakan dua Mesyuarat MPK bagi membincangkan rancangan dan kegiatan bagi tahun ini. Kedua mesyuarat telah dilaksanakan di Balairaya Kg Lumut. Mesyuarat pertama telah dijalankan pada 04hb Januari 2010, dan antara agenda kedua mesyuarat ialah membincangkan penyertaan MPK Lumut 1 dalam Pelancaran Projek Pembisaian Tebing Sungai Belait pada 10hb Januari 2010, dan juga membincangkan Majlis Menyambut Tahun Baru Cina 2010 pada awal bulan Mac 2010.