Jumaat, Disember 18, 2009

FORUM MA'AL HIJRAH 1431 PADA 18HB DISEMBER 2009

MPK Lumut 1 dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Zainab telah menganjurkan Majlis Forum Ma'al Hijrah 1431 yang bertemakan "Menghadapi Waktu Senja" bertempat di Masjid Zainab, Kg Lumut 2.

Tetamu Kehormat Majlis berkenaan ialah Awg Morni bin Hj Zakaria, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Belait, sementara Penceramah Undangan ialah Ustaz Hj Zulkifli bin Hj Zakaria, dari Pusat Dakwah Islamiah. Forum telah dimudahcarakan oleh Imam Zulhilmie bin Md Jefri, Imam Masjid Pekan Seria.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al'Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Imam Hj Aminoddin bin Hj Mohd Yusof, Imam Masjid Zainab.

Kemudian diikuti dengan Ucapan Sekapur Sireh oleh Pengerusi Majlis Forum Ma'al Hijrah 1431, Hj Mas Yose bin Abdul.

Sesi Forum yang diselangselikan dengan sesi soal jawab.

Bergambar ramai Tetamu Kehormat dengan AJK Majlis Forum Ma'al Hijrah 1431 dan Penceramah Undangan.

Khamis, Disember 10, 2009

TAKLIMAT PROGRAM PENGEMBANGAN PRODUK PADA 09HB DISEMBER 2009

Satu taklimat tentang Program Pengembangan Produk Daerah Belait telah disampaikan oleh MPK Lumut 1 bertempat di Pejabat Daerah Belait. Turut hadir ialah YM Hj Jamain bin Momin, Pegawai Daerah Belait, Ahli-ahli Institusi Mukim dan Kampung, serta beberapa pegawai Pejabat Daerah berkenaan. Fasa 1 program ini telahpun dilaksanakan pada 11hb - 18hb Oktober 2009 yang mana melibatkan permuzakarahan dengan para artisan dan mendokumentasikan produk kraftangan mereka, serta bengkel pengembangan produk. Fasa 2 akan dilaksanakan pada awal tahun 2010 yang mana lebih menumpu kepada Pameran Mini. Pameran ini bertujuan untuk mendedahkan dan memperkenalkan para Artisan dan Kraftangan Belait.

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA BANTUAN MANGSA KEBAKARAN PADA 08HB DISEMBER 2009

Satu Majlis Penyampaian Derma Bantuan Mangsa Kebakaran dari Syarikat BLNG Sdn Bhd telah diadakan di Balairaya Kg Lumut pada hari Selasa 08hb Disember 2009. Derma tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Syarikat BLNG Sdn Bhd kepada keluarga Awg Masri bin Tampil. Turut menyaksikan majlis tersebut ialah YB Hj Mohd Shafiee bin Ahmad dan Ahli-ahli MPK Lumut 1.
Musibah kebakaran yang telah berlaku pada hari Isnin 16 November 2009 (sebelah malamnya) di Kg Sg Kuru itu telah meranapkan rumah mangsa.